Saturday, April 24, 2010

Puding Roti

 
Salam semua... Dah lama rasanya tak masak... anak-anak pulak request nak Puding Roti... so layan ajer la... hehe... Jom kita masak Puding Roti, resepi ni amat sesuai untuk ibu-ibu yang sentiasa busy tau... :)

PUDING ROTI (BREAD PUDDING)

Bahan-bahan :
6 keping roti – di sapu dengan mentega dan dipotong kecil-kecil
Sedikit kismis ( boleh juga ditukarkan dengan hirisan buah laici )

Bahan untuk dikisar :
1 tin susu cair
½ cawan gula
4 biji telur sederhana besar

Topping :
Sepeket jeli berperisa Strawberi (400ml)
1 tin fruit cocktail – ambil buahnya sahaja

Cara membuat :
1. Roti yang dipotong disusun di dalam bekas, kemudian taburkan sedikit kismis.
2. Tuang susu yg telah dikisar berselang seli dengan lapisan roti dan kismis.
3. Biarkan selama ½ jam.
4. Bakar roti tadi dalam microwave selama 15 minit dengan kepanasan sederhana.
5. Sediakan topping . Masak 400 ml jeli sehingga mendidih.
6. Tuang jeli di atas pudding roti tadi.
7. Taburkan fruit cocktail.
8. Biarkan dia sejuk dan masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam.
9. Sedia untuk dihidang bersama sos vanilla / kastad.

Yeay! Dah siap... Jom makan... :)

 




2 comments: